Sunday, March 8, 2009

MAULIDUR RASUL 1430 H

Sepertimana kelaziman setiap tahun kita menyamut Maulidur Rasul, berbagai mutiara kata yang dicipta.

MENJANA EKONOMI UMMAH - Adalah di antara kata-kata yang boleh kita gunakan untuk menyampaikan da'wah ini, terpulanglah kepada kita untuk mengolah agar dapat kita sampaikan masej yang sebenar untuk mengajak saudara kita bersama-sama dalam wadah perjuangan ini.

WALLAHU A'LAM

Peluang Kejayaan Terbuka Luas

Salam sejahtera buat semua pembaca blog saya, mungkin telah terlalu lama blog ini tidak dikemaskini. Hari ini ingin saya catatkan sedikit perkongsian yang InsyaALLAH akan memberi manfaat kepada kita bersama.

Apakah erti kejayaan yang kita cari?

Sebagai seorang muslim sudah pasti kita mencari kejayaan yang bersifat hakiki iaitu mencari kejayaan di dunia dan akhirat. Jadi gerakerja kita perlu seimbang, akhirat kita cari InsyALLAH dunia akan datang dengan mudah. Bagi kami pengedar HPA bukan sekadar ingin mencipta pendapatan puluhan ribu ringgit sahaja tetapi dengan niat kami menjejaki Sunnah Nabi , maka sudah pasti banyak halangan dan rintangannya. Oleh itu sekiranya kita lambat mencapai pendapatan yang besar maka perbanyakan bersabar, tingkatkan usaha serta gandakan doa kepada Allah. Setiap amalan pasti ada balasan. Jadi ingat kembali kepada niat kita yang asal, jangan terlalu mengejar kebendaan. HPA tidak menyediakan skim cepat kaya tetapi kita baca semula perutusan Pengarah Urusan di halaman paling awal di dalam kit niaga, perkataan barakah itu sangat luas dan sukar untuk diterjemahkan.

WALLAHU A'LAM